𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐄𝐣𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 & 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟓 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚
Berita Baik❗️Jom Tonton Video dulu – Jangan Lupa Ya | Subscribe❤️ | KOMEN, LIKE dan SHARE Selepas Tonton Video .. klik Button PLAY ▶️ pada screen ⤵️❤️WATCH on YouTube ⤵️
Khas Untuk Anda Yang BERMINAT dan Sedang Mencari PELUANG Jana Pendapatan-Sila Klik Link DiBawah ⬇️⬇️
Sunday, 20 October 2013
10 Panduan Sebelum Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong - Panduan Sebelum Acara Lelong
30 Panduan Sebelum, Semasa dan Selepas Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong
Panduan Membeli Rumah Lelong
Part 1 - 10 Panduan Sebelum Acara Lelong
1. Mencari dan mengenal pasti hartanah lelong yang dikehendaki mengikut kemampuan (Lihat sumber hartanah lelong di bawah).
2. Mendapatkan, membaca dan memahami Proclamation of Sale (POS)/ Pengisytiharan Jualan and Condition of Sale (COS)/ Syarat-syarat Jualan rumah lelong tersebut seperti tarikh, masa dan tempat lelongan, alamat hartanah, sekatan (seperti rumah low cost), deposit, tempoh bayaran penuh, peguam bank, pembayaran tunggakan maintenen, utiliti dan sebagainya.
3. Memeriksa sendiri keadaan rumah lelong tersebut dengan masuk ke dalam rumah jika dibenarkan.
4. Menyemak segala hutang/outstanding rumah tersebut seperti hutang dengan pemaju, bil air, elektrik, perbentungan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.
5. Membuat semakan dengan pihak bank jika ingin mendapatkan pembiayaan bank bagi hartanah tersebut.
6. Memeriksa pemaju perumahan asal serta carian di pejabat tanah untuk mengetahui tentang hakmilik, syarat-syarat nyata atau sekatan-sekatan kepentingan (kaveat).
7. Menyemak harga pasaran hartanah lelong tersebut sebagai panduan harga target anda.
8. Mengediakan bank draf mengikut nilai yang disebutkan dalam POS, biasanya atas nama bank yang melelong sebanyak 5% atau 10% daripada harga rezab.
9. Menetapkan harga target tertinggi anda mengikut kemampuan dan jangan sekali-kali melebihi harga pasaran.
10. Membuat semakan terakhir dengan menghubungi pelelong sehari sebelum hari lelongan sama ada call off (dibatalkan) lelongan hartanah tersebut atau tidak
p/s Jika anda tidak mahu untuk membida sendiri, saya menyediakan perkhidmatan untuk membida bagi pihak anda. Sila dapatkan hartanah lelong yang dikehendaki dan terus hubungi saya 0132193131 atau email azmanhartnah@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment