Tanah Lot Banglo Untuk DiJual / Pakej Bina Banglo 1 Tingkat Disediakan - Sila Klik Banner DiBawah

Video Lambaian Syawal 2016 Kini Di Rai - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1437H

Kami Adalah Perunding Hartanah | Khidmat Pinjaman Bank, Peguam dan Penilaian Hartanah

Jangan Lupa Ikuti Kami, KOMEN, LIKE dan SHARE di Facebook Hartanah kami- Picit Banner DiBawah Ni Ye

Sunday 20 October 2013

FAQ - Soalan Lazim Berkaitan Rumah Lelong


FAQ - Soalan Lazim Berkaitan Rumah Lelong

Q: Apa itu rumah Lelong?
A: Hartanah atau rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel).

Q: Kenapa rumah dilelong?
A: Kebiasaannya tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank.

Q: Perlukah saya mengeluarkan modal atau wang deposit untuk membeli rumah lelong?
A: YA. Anda perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 5% - 10% (mengikut terma POS) dari harga rizab rumah tersebut dalam bentuk Bank Draft dan dibayar kepada pihak bank yang melelong.

Q: Apa itu harga rizab (Reserve Price)?
A: Harga rizab (Reserve Price) adalah harga terendah untuk sesuatu hartanah atau rumah lelongyang dijual oleh pihak bank dalam keadaan yang khusus. Sebagai contoh, pelelong akan memulakan proses pembidaan dengan harga yang tidak kurang atau sama dengan harga rizab yang telah disyaratkan dalam POS (Perisytiharan Jualan).

Q: Adakah saya perlu memberi membayar  “Agent Fee” untuk urusan rumah lelong tersebut?
A: YA. Mengikut harga sesuatu hartanah/rumah atau minima RM 1,500.

Q: Apakah kos peguam yang perlu saya bayar jika berjaya membeli rumah tersebut?
A: Kos yang perlu anda bayar adalah seperti Fee Peguam, Harga Duti Setem (Duty Stamping),  Akuan Bersumpah,  Adjudication Fee termasuk kos surat-menyurat, perjalanan, telefon / fax dan lain-lain.

Q: Jika saya tidak berjaya membeli rumah lelong tersebut bagaimana dengan Bank Draft?
A: Jika anda gagal untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, Bank Draft akan dipulangkan dan anda boleh tunaikan semula dengan pihak bank yang mengeluarkannya.

Q: Untuk kakitangan kerajaan bolehkah untuk membeli rumah lelong tersebut?
A: Boleh. Tetapi pinjaman dengan hanya bank konversional biasa, bukan dari penbendaharaan.

Q: Saya mempunyai rumah berharga RM 150,000 bolehkah saya membeli sebuah rumah lagi yang berharga RM 150,000 ke bawah?
A: YA. Masih boleh kerana rumah lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Tetapi pastikan tahap kelayakan status pinjaman dengan pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong.

Q: Bagaimana dengan cukai pintu, cukai harta serta bil-bil utiliti lain?
A: Cukai pintu, cukai harta akan dibayar oleh pihak bank kepada rumah tersebut sehingga tarikh rumah dibeli oleh pemilik baru. Akan tetapi bil-bil lain seperti air, elektrik, kos selengaraan rumah dibayar oleh pemilik baru.

Q: Bagaimana dengan keadaan rumah lelong tersebut ?
A: Anda dinasihatkan untuk melihat terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari kawasan sekitar dan rumah lelong dijual seperti sedia maklum berdasarkan “seperti sedia ada” dan dinasihatkan juga jika rumah tersebut masih berpenghuni, fikirkan juga dengan perasaan dan emosi pemilik asal untuk anda tidak menanyakan sebarang soalan. Dalam hal ini pihak bank tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anda. Dan pihak bank tidak mempunyai kunci rumah tersebut sama ada rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci.

Q: Saya Berminat untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, apakah yang perlu saya lakukan?
A: Selepas anda melihat rumah tersebut dan berminat untuk membeli, sila menghubungi saya di talian: 013-219 3131 (Azman) untuk urusan Bank Draft dan surat wakil.

Q: Apakah masalah yang sering dihadapi untuk untuk membeli rumah lelong?
A: Masalah yang sering berlaku berkaitan rumah lelong selalunya rumah lelong yang pemiliknya asalnya masih lagi tinggal di rumah berkenaan walaupun ianya telah dilelong. Jika mengalami situasi begini, cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang baik terlebih dahulu. Tindakan undang-undang dan mahkamah adalah jalan terakhir jika pemilik asal rumah tersebut masih enggan keluar dari rumah berkenaan. Dalam hal ini anda tidak perlu bimbang.

Q: Bolehkah saya membeli rumah lelong yang telah lepas tarikh lelong dan masih tiada pembeli?
A: Kebanyakan kes rumah lelong yang tiada pembeli akan dilelong semula walaupun anda mahu membelinya selepas tarikh lelong. Dan kebiasaanya harga rizab akan dikurangkan 5% - 10% dari hari harga rizab sebelumnya. Kemungkinan rumah tersebut akan dilelong dalam masa 3 atau 6 bulan, atau setahun kemudian. Bergantung kepada pihak bank dan pelelong untuk mengisytiharkan atau mengiklankannya.

Q: Mengapa saya perlu menggunakan perkhidmatan ejen?
A: Antara sebab mengapa anda memerlukan perkhidmatan ejen:
•Ejen boleh membantu anda mendapatkan senarai rumah lelong terbaru yang hendak dicari.
•Ejen boleh memberikan anda khidmat nasihat yang berguna dan penting jika anda tiada pengetahuan tentang selok belok membeli hartanah/rumah lelong.
•Ejen boleh membantu anda mendapatkan maklumat hartanah seperti Hakmilik, surat POS (Pengisytiharan Jualan) dan COS (Conditions of Sale).
•Ejen boleh membantu anda dalam proses mendapatkan peguam yang betul-betul bekerja. Terdapat kes rumah yang telah dibeli dilelong semula kerana peguamnya “tidur”.
•Anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang jika menggunakan perkhidmatan ejen. Baca selanjutnya perkhidmatan ejen disini.


**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.


Soalan Lazim atau FAQ Berkaitan Rumah Lelong
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di
NZR Properties Realty Resources
Tel No  : 0132193131 (Encik Azman)
email : azmanhartanah@gmail.com

10 Panduan Sebelum Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong - Panduan Sebelum Acara Lelong



30 Panduan Sebelum, Semasa dan Selepas Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong

Panduan Membeli Rumah Lelong

Part 1 - 10 Panduan Sebelum Acara Lelong
1. Mencari dan mengenal pasti hartanah lelong yang dikehendaki mengikut kemampuan (Lihat sumber hartanah lelong di bawah).
2. Mendapatkan, membaca dan memahami Proclamation of Sale (POS)/ Pengisytiharan Jualan and Condition of Sale (COS)/ Syarat-syarat Jualan rumah lelong tersebut seperti tarikh, masa dan tempat lelongan, alamat hartanah, sekatan (seperti rumah low cost), deposit, tempoh bayaran penuh, peguam bank, pembayaran tunggakan maintenen, utiliti dan sebagainya.
3. Memeriksa sendiri keadaan rumah lelong tersebut dengan masuk ke dalam rumah jika dibenarkan.
4. Menyemak segala hutang/outstanding rumah tersebut seperti hutang dengan pemaju, bil air, elektrik, perbentungan, cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.
5. Membuat semakan dengan pihak bank jika ingin mendapatkan pembiayaan bank bagi hartanah tersebut.
6. Memeriksa pemaju perumahan asal serta carian di pejabat tanah untuk mengetahui tentang hakmilik, syarat-syarat nyata atau sekatan-sekatan kepentingan (kaveat).
7. Menyemak harga pasaran hartanah lelong tersebut sebagai panduan harga target anda.
8. Mengediakan bank draf mengikut nilai yang disebutkan dalam POS, biasanya atas nama bank yang melelong sebanyak 5% atau 10% daripada harga rezab.
9. Menetapkan harga target tertinggi anda mengikut kemampuan dan jangan sekali-kali melebihi harga pasaran.
10. Membuat semakan terakhir dengan menghubungi pelelong sehari sebelum hari lelongan sama ada call off (dibatalkan) lelongan hartanah tersebut atau tidak

p/s Jika anda tidak mahu untuk membida sendiri, saya menyediakan perkhidmatan untuk membida bagi pihak anda. Sila dapatkan hartanah lelong yang dikehendaki dan terus hubungi saya 0132193131 atau email azmanhartnah@gmail.com

10 Panduan Semasa Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong - Panduan Semasa Acara Lelong



30 Panduan Sebelum, Semasa dan Selepas Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong

Panduan Membeli Rumah Lelong

Part 2 - 10 Panduan Semasa Acara Lelong
1. Datang awal sekurang-kurangnya 3 jam sebelum acara lelong bermula dengan doa kejayaan anda.
2. Terus daftar di kaunter dengan mengisi borang dan memberikan kad pengenalan serta bank draf.
3. Pastikan anda mendapat pedal yang mengandungi no bidder anda yang digunakan untuk mengangkat nanti.
4. Tidak berbual-bual dengan sesiapa yang tidak dikenali yang biasanya adalah ‘ulat lelong’ yang sentiasa menunggu untuk memerangkap anda melalui perbualan.
5. Hadir ke bilik lelongan dengan pedal dan memahami syarat-syarat bidaan yang diterangkan oleh pelelong.
6. Menunggu hingga tiba lot hartanah lelong anda dan meneliti berapakan bilangan pembida untuk lot tersebut (digunakan untuk teknik mengangkat pedal nanti)
7. Bidaan dimulakan dengan harga rezab dan setiap bidaan biasanya adalah dalam gandaan RM1,000 dan boleh bertambah jika melibatkan harga hartanah yang tinggi atau mengikut kemahuan pelelong.
8. Anda mengangkat pedal setingginya untuk setiap harga bidaan anda dan janganlah mengangkat lebih daripada harga target.
9. Jangan sekali-kali menjadikan emosi dan pengaruh bilik lelongan untuk anda bertindak melulu seperti nak bersaing dengan orang lain.
10. Hartanah lelong dianggap telah terjual apabila ketukan hammer yang ketiga dan keputusan pelelong adalah muktamad.

p/s Jika anda tidak mahu untuk membida sendiri, saya menyediakan perkhidmatan untuk membida bagi pihak anda. Sila dapatkan hartanah lelong yang dikehendaki dan terus hubungi saya 0132193131 atau email azmanhartnah@gmail.com

10 Panduan Selepas Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong - Panduan untuk Persediaan Selepas Acara Lelong



Panduan Membeli Rumah Lelong

30 Panduan Sebelum, Semasa dan Selepas Anda Membeli Hartanah Rumah Lelong

Part 3 - 10 Panduan untuk Persediaan Selepas Acara Lelong
1. Jika anda MENANG!, sila terus ke kaunter pendaftaran untuk menandatangani kertas kontrak (hartanah lelong akan diberi dalam bentuk kontrak dan bukannya Sale & Purchage seperti rumah lain)
2. Sila jelaskan RM50.00 duit duti setem dan semua baki deposit 5% atau 10% jika harga belian melebihi harga rezab secara cash atau kad kredit (menggunakan kad kredit akan dikenakan caj mengikut POS) kepada pelelong.
3. Pastikan anda mendapat salinan kontrak (tanpa stamping) dan semua resit rasmi berkaitan.
4. Pulanglah dengan ceria dan bersyukur atas nikmatNya yang memberikan hartanah tersebut kepada anda.
5. JANGAN LUPA!, sila dapatkan kontrak yang telah dimati setem, biasanya selepas tiga hari kemudian di pejabat pelelong atau di mana-mana tempat yang ditetapkan pelelong
6. Jika anda KALAH!, sila terus ke kaunter pendaftaran untuk menyerahkan pedal dan mendapatkan semua kad pengenalan serta bank draf anda (tiada caj/bayaran dikenakan)
7. Pulanglah dengan ceria dan bersyukur dengan takdirNya yang mungkin mahu memberikan hartanah yang lebih baik kepada anda dalam lelongan seterusnya.
8. Jika anda ingin mengambil loan, sila submit semua dokumen termasuklah salinan kontrak hartanah lelong dengan segera kepada pihak bank dan lawyer.
9. Baki harga jualan hendaklah diselesaikan dalam tempoh 90 atau 120 hari seperti disebutkan dalam POS dan COS.
10. Ingatlah rumah dijual dalam keadaan ‘sedia ada’, justeru bank atau pelelong tidak menyediakan apa-apa kunci kepada anda.


 p/s Jika anda tidak mahu untuk membida sendiri, saya menyediakan perkhidmatan untuk membida bagi pihak anda. Sila dapatkan hartanah lelong yang dikehendaki dan terus hubungi saya 0132193131 atau email azmanhartnah@gmail.com

Thursday 28 February 2013

Agensi Hartanah NZR PROPERTIES REALTY RESOURCES


Kami adalah syarikat pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong di Malaysia. NZR Properties Realty Resources.  Walaupun syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2012, tetapi dengan latar belakang dan pengalaman selama beberapa tahun menjadi agen dalam bidang hartanah, kami telah lama bersedia untuk menyediakan perkhidmatan profesional pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong di Malaysia.  Laman weblog ini menyediakan maklumat dan informasi terkini tentang hartanah lelong kepada bakal pembeli dan pelabur hartanah.

Anda juga boleh guna enjin carian internet untuk mendapatkan sebarang hartanah yang disenaraikan dalam laman weblog NZR Properties Realty Resources. Sila hubungi kami untuk sebarang bantuan atau khidmat nasihat berkaitan pinjaman bank, peguam dan penilaian hartanah. Kami juga menyediakan Khidmat Nasihat Pengurusan Jualbeli Tanah & Rumah

Kami telah mula memperluaskan perkhidmatan sehingga ke seluruh Malaysia, menyediakan perkhidmatan pengurusan dan Khidmat Nasihat Pengurusan Jualbeli Tanah & Rumah  dalam industri hartanah lelong yang berkesan untuk harta benda seperti harta tanah, rumah dan sebagainya.

Penubuhan NZR Properties Realty Resources adalah untuk mengumpulkan sekumpulan agen yang pakar dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong dan kepakaran yang berkualiti dalam bidang hartanah lelong.

Matlamat kami adalah untuk sebuah organisasi yang dapat menyediakan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami juga mampu menjalankan perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong secara "networking outsources" untuk jualan hartanah lelong melalui  individu, juridikasi atau perintah dari mahkamah, pejabat tanah, institusi kewangan dan organisasi-organisasi yang lain.
 

Perkhidmatan Hartanah Kami



NZR Properties Realty Resources menyediakan perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong secara profesional yang mampu memberi pulangan tertinggi atas pelaburan setiap rumah atau tanah yang dibeli oleh pelanggan kami.

Kami menyediakan satu kaedah yang selamat dan beretika untuk jualan hartatanah. Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong yang lengkap, bermula dari perancangan sebelum jualan hingga ke perkhidmatan membantu menguruskan kewangan seperti khidmat nasihat berkaitan pinjaman bank, peguam dan penilaian hartanah kepada pelanggan individu dan pelanggan korporat serta pelanggan komersil,

NZR Properties Realty Resources mempunyai kakitangan terlatih dan kami sentiasa menghubungi setiap "networking" yang berpotensi untuk mendapat senarai dalaman atau dari rekod individu-individu yang berdaftar dengan kami untuk membeli  atau Jualbeli Tanah & Rumah lelong.

Perkhidmatan pengurusan dan Khidmat Nasihat Pengurusan Jualbeli Tanah & Rumah  untuk hartanah lelong yang disediakan dalam laman weblog syarikat kami ini adalah merupakan sebahagian daripada perkhidmatan kami untuk mempromosikan hartanah lelong dan untuk menarik minat orang ramai terhadap jualan dan pelaburan dalam industri hartanah lelong.

Hubungi Perunding Hartanah Kami


Didalam memeriahkan industri dan komuniti hartanah online ini kami menjemput anda dan profesional yang berminat untuk menjadi sebahagian dari "Networking Outsource" kami;

Anda juga boleh bertanya, atau memberi peluang baru kepada saya atau kongsi pengalaman anda di dalam salah satu topik dibawah;

1. Hartanah
2. Pelaburan
3. Dekorasi & Hiasan Dalaman
4. Perbankan
5. Insuran
6. Keusahawan

Jika anda berminat sila hubungi saya atau boleh  gunakan borang online untuk mendaftar

NZR Properties Realty Resources
No 41-1, Lorong Batu Nilam 3A,
Bandar Bukit Tinggi,41200 Klang,
Selangor Darulehsan


Encik Azman
No. Tel: 013-219 3131
Perunding Jualan Hartanah

E-mail : azman.hartanah@gmail.com

Borang Memohon Pembelian Rumah Lelong

Terimakasih Kerana Mendaftar Melalui Kami

Perunding Hartanah Kami Akan Hubungi Anda Dengan Segera....Diharap Anda Dapat Sabar Menunggu


......
.....

Tawaran Menjual Rumah Murah Secara Lelong

Tawaran Hebat..!! Lelong, Lelong…Kami Nak Menjual Rumah Murah Secara Lelong ...

Salam hormat...kami nak share dengan anda betapa untungnya beli rumah lelong, terutama bagi mereka yang nak save bajet, pada anda yang baru mula dapat kerja dan pada sesiapa yang tercari-cari nak beli rumah murah atau pada sesiapa yang bercadang nak membuat pelaburan untuk tambah income.

Tahukah anda ..?? sesebuah rumah tu mungkin dilelong kerana banyak sebab, yang paling utama sebab pembeli asalnya dah tak mampu bayarlahkan. Untungnya jika anda beli rumah lelong ni sebab harganya CONFIRM bawah market price, jadi bila anda beli harga rumah tu murah, maka anda bayar bank pun tentulah lebih rendah, maknanya anda untung hampir DUA KALI GANDA dan dapat jimatkan faedah pinjaman bank.

Jom kita sama-sama buat perkiraan yang mudah;

Contohnya sebuah apartment di Shah Alam harga jualan sebenar ialah RM100K dan keatas, oleh kerana apartment itu dijual secara lelong, aparment ini biasanya akan dilelong pada harga 60K-80k sahaja. Bermakna beza harga sebenar dipasaran dengan harga lelong adalah sebanyak 20K hingga 40K .

Duit sebanyak RM20K hingga RM40K tu kita sudah jimat dan untung. Duit lebihan ini kita boleh renovate umah, baiki mana yang rosak atau jadikan sebagai modal pelaburan yang lain.. RM20k hingga RM40k itu banyak dan jika kita renovate rumah, dah lebih dari mencukupi.

Jika campur bayar lawyer pun kalau harga apartment tu RM60K adalah lebih kurang RM4K sahaja.

Anda masih dapat jimat banyak lagi sebab harga rumah di bawah market price atau harga pasaran. Jika anda mohon pinjaman RM60K selama lima belas tahun, biasanya ansuran bulanan anda bayar dalam rm500++ sahaja. woww… murah tak? Sama macam kita bayar duit untuk rumah yang kita sewa sekarang. Jika anda pula seorang pelabur hartanah maka apartment duit sewa ini menjadi milik anda selama beberapa tahun sebelum anda jualkan semula apartment yang mungkin nilainya dalam harga RM120K hingga RM150K dimasa akan datang. Sebabnya semua orang tahu.. beli rumah ni tak sama macam beli kereta...harga rumah semakin lama semakin mahal walaupun rumah lama ....tetapi harga kereta semakin tahun semakin turun hingga tiada nilai walaupun asalnya anda beli kereta baru dengan harga yang mahal.

Tapi semua orang tahu yang ramai orang Melayu yang tak suka beli rumah lelong, yang lazimnya mereka target adalah rumah baru sahaja (harga mahal pun takpe!...bila tak boleh bayar..akhirnya rumah mahal ini pun akan dilelong jua..) Berbeza dengan bangsa lain yang sanggup tinggal dirumah buruk asalkan rumah ini mendatangkan keuntungan besar pada mereka dimasa hadapan. Mari kita sama-sama renungkan situasi ini...

TETAPI, beli rumah lelong ni ada kelemahannya juga. Ada rumah lelong yang dah macam pondok buruk (maklumlah dah lama terbiar), ada yang lokasinya punyalah jauh macam tempat jin bertendang.Ada juga rumah lelong yang banyak tunggakan, bil apilah, bil airlah, bil Indah Waterlah dan macam-macam lagi, jadi pastikan sebelum nak beli, anda MESTI CHECK dulu semua benda tu.

Kami NZR PROPERTIES  REALTY RESOURCES yang berpengalaman selama beberapa tahun menjadi agen dalam bidang hartanah, kami telah lama bersedia untuk menyediakan perkhidmatan profesional pengurusan dan perkhidmatan hartanah lelong di Malaysia.

Sekian dulu post artikel kami untuk hari ini.... Harapan kami weblog ini boleh bagi sedikit info pada anda  yang sedang mencari dan teringin nak beli rumah lelong ni


Daftar Sekarang

smile

Ingin Membeli Rumah Lelong .? .Hubungi. Azman 013 - 219 3131

Pesanan saya...

Semoga Anda Berpuashati Dengan Segala Maklumat Yang DiSediakan Didalam Blog Ini. Kami sedia berbincang dengan anda tentang strategi pelaburan hartanah serta berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk anda mula menceburkan diri dalam pelaburan hartanah. Langkah pertama anda = bagaimana dan di mana anda boleh membeli rumah murah yang di lelong dari bank untuk pelaburan hartanah anda. Apa tunggu lagi?? Sertai Komuniti FB Kami. Jom FOLLOW US, LIKE & Share .!

LIKE untuk Sertai Komuniti FB Kami

Senarai Hartanah dan Rumah Lelong Yang Popular Seluruh Malaysia

Semoga Anda Berminat Dengan Senarai Hartanah Yang Popular Diatas Ini. Segera Hubungi Saya 0132193131 Jika Anda Berminat Atau Ada Pertanyaan

Dapatkan Info - Bagaimana Nak Beli Rumah Tanpa Modal .!

Lambaian Syawal 1436 Kian Dinanti - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Lambaian Syawal 1436 Kian Dinanti - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Video Lambaian Syawal 1436H Kini Di Rai - KAMI UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Penat Mencari ? Rumah telah dijual? Ingin menjadi orang pertama mengetahui senarai rumah terkini?

Senarai Lelong Terkini

Dapatkan senarai rumah lelong terkini di Selangor dan Kuala Lumpur secara PERCUMA. Selain itu juga kami akan emailkan terus ke Inbox anda atau SMSkan ke Handphone Anda.

Prosedur Masuk Lelong

Penting bagi anda ketahui prosedur rumah lelong samada sebelum, semasa atau selepas lelongan. Tersilap langkah buruk padahnya. Kami akan sentiasa mebantu dari awal.


Tips Rumah Lelong

Kami myediakan tulisan tips, teknik, coretan atau apa sahaja berkaitan rumah lelong di ruang Blog kami. Anda juga boleh bertanya di ruang komen


Servis Ejen Lelong - Rumah dan Tanah

Kami menyediakan servis ejen lelong kepada anda. Servis kami merangkumi sebelum, semasa dan selepas lelongan.

 
Perunding Hartanah | Mencari Hartanah untuk Dibeli? | Tips Beli Rumah Lelong © 2012 azmanhartanah.blogspot.com - Perkhidmatan Perunding Hartanah | Anda Ingin Mencari Hartanah untuk Dibeli? | Bank Lelong |Tips Beli Rumah Lelong | Khidmat Pinjaman Bank, Peguam dan Penilaian Hartanah.Kami adalah pakar menyediakan segala info, panduan, teknik, rahsia yang boleh digunapakai dalam industri hartanah.yang paling efektif sekarang ini . Hubungi 013-2193131 dan sebarang pertanyaan sila SMS – INFORUMAH -jarak- NEGERI -jarak - NAMA PENUH ANDA -jarak- NO TELEFON BIMBIT ANDA -jarak- EMAIL ANDA dan hantar ke 0132193131 Contoh: INFORUMAH Perak Ali Bin Abu Bakar 0123459988 aliabubakar@gmail.com .